cAhaya is ME~

Foto saya
tanjong malim, perak, Malaysia
aku tetap aku..siapa pun aku..tetap tak sama dengan kamu..Cahaya Hidayah, ha ni la nama aku..tp ni nama samaran jer..Norhidayah Binti Harun..yapp, ni la nama betul aku..20 Jun, haa ni tarikh lahir aku..korang jangan lupa wish okehh?? hadiah pown..kalo blh mahal2 sikit la..ngee~ oh ye, kalo u all nak tau, ak ni bakal kaunselor taw..huhu~ InsyaAllah 2 thn lg ak grad la..ha?? nak tau ak blaja ktne?? ermmm UPSI larh..tau x?? Universiti Pendidikan Sultan Idris okehh?? hihi~ owh yea..ak ni SINGLE okehh?? tp dah ad org suka..okehh?? tp kalo nak ngorat ak on jer..hahaha~ngee..lalalala~

Ahad, 7 Ogos 2011

: : : SAHABAT SELAMANYA : : :

assalamualaikum w.b.k..
tertarik dengan penceritaan ini...jadi ayat ini diciplak daripada seorang sahabat dan diolah sedikit pengisiannya...hampir sama dengan keadaan yang dialami oleh diriku...tiada yang kurang tetapi banyak yang sama dan serupa...jadi..inginku menjadikannya cerita berkaitan kisahku pula..
bab 1..
Setelah lama termenung...akhirnyaku  terkenang kembali peristiwa yg terjadi antara kita.. diriku hanya mampu tersenyum tAtkala teringatkan kisah K.I.T.A.. mak kata  dari kesilapan, barulah kita dapat tahu kesan daripada peristiwa itu. Bagiku apa yg terjadi antara kita dulu adalah satu kenangan terindah yang takkanku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih teman, kerana menambahkan warna dalam kehidupanku suatu ketika dahulu.
bab 2..
Dirimu adalah satu warna yg xkanku padamkan dalam hidupku. Seharusnya, apa yang terjadi antara kita dulu membantu kita untuk menjadikan diri kita lebih matang pada masa akan datang. Nasihat untuk dirimu, janganlah pernah rasa serik  di atas pengalam ini kerana kisah kita ini adalah sebahagian daripada pembelajaran untukmu mengerti erti dewasa dan matang dalam mengharungi liku-liku dalam kehidupan.
bab 3..
Percayalah antara kita tiada siapa yang harus dipersalahkan. Andai kau dipersalahkan, aku juga harus dipersalahkan. Jika kau rasa bersalah, aku juga merasai perasaan yang sama. Malah, kesalahanku mungkin melebihi kesalahan yang dilakukan olehmu. Untuk pengetahuan kamu, saya redha dengan takdir yang telah tertulis untuk kita. 
bab 4..
Sebenarnya, melepaskan dirimu pergi bukanlah sesuatu yg mudah. Tetapi itulah sepatutnya yang harus dilakukan olehku semenjak daripada awal perhubungan kita lagi. Semakin mendalam pengetahuanku berkaitan dirimu, semakin sukar diriku untuk memahamimu. Biarlah perasaan itu menjadi rahsia didalam pengalaman perkenalan kita.
bab 5..
Terima kasih kepadamu  kerana kewujudanmu dalam hidupku telah banyak mengajarku untuk lebih tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Saya sedar Kadang-kadang ego yang ada padaku terlalu tinggi. Dimana hanya memikirkan perasaan dan kepentingan sendiri tanpa memikirkan keadaan dan perasaan awak.
bab 6..
Saya tahu sekarang awak dah pun menemui pengganti saya kan. Jadi saya doakan awak dan dia akan bahagia selamanya. Apepun, saya berharap kita masih boleh berkawan seperti mula-mula kita kenal dulu. bergaduh sama-sama, gelak ketawa sama-sama, hang out sama-sama dan macam-macam lah.. Rasa rindu pula keadaan macam tu lagi. Tapi nak buat macam mana kan, awak kata yang lepas, biarlah berlalu. Saya hanya mampu kenang memori-memori yang terukir antara awak dan saya. Lagi satu, kalau awak perlukan sahabat untuk bercerita atau awak perlukan sebarang bantuan, just bagitahu saya je ya. selagi mampu tolong, akan saya usahakan kerana awak sahabat saya..
akhir kata.. 
kita hanya mampu berusaha, yang selebihnya kita serahkan saja  kpd takdir..Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
sEMOGA diri awak dan saya serta sahabat semua dirahmati Allah selalu..amin.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan