cAhaya is ME~

Foto saya
tanjong malim, perak, Malaysia
aku tetap aku..siapa pun aku..tetap tak sama dengan kamu..Cahaya Hidayah, ha ni la nama aku..tp ni nama samaran jer..Norhidayah Binti Harun..yapp, ni la nama betul aku..20 Jun, haa ni tarikh lahir aku..korang jangan lupa wish okehh?? hadiah pown..kalo blh mahal2 sikit la..ngee~ oh ye, kalo u all nak tau, ak ni bakal kaunselor taw..huhu~ InsyaAllah 2 thn lg ak grad la..ha?? nak tau ak blaja ktne?? ermmm UPSI larh..tau x?? Universiti Pendidikan Sultan Idris okehh?? hihi~ owh yea..ak ni SINGLE okehh?? tp dah ad org suka..okehh?? tp kalo nak ngorat ak on jer..hahaha~ngee..lalalala~

Ahad, 29 Mei 2011

PERASAAN INI SUKAR DIGAMBARKAN...

ASSALAMUALAIKUM W.B.K & SALAM SEJAHTERA....

Hai kawan-kawan....Apa khabar semua..? Cuti camna..?? ok x..?? dah makan..?? ishh...banyak tanya pulak kan.... xpela...hari ini, saya ingin menceritakan kepada anda semua berkaitan perasaan yang tak dapat saya tanggung lagi ni..perasaan macam mana..?? nak tahu...? HUMMM... satu perasaan yang semua orang boleh rasa...disaat mereka teringatkan orang-orang yang diSAYANGI.... perasaan apakah itu..?? yappp...perasaan KERINDUAN... rindu yang teramat sangat...rindu kepada siapa..?? rindu kepada insan yang telah lama tidak ku temui... siapa dia..?? dia...?? bukan..bukan..saya rindu kepada mereka... siapa mereka..?? Mereka adalah insan yang sentiasa menyokong diriku dan menjadi pendorong dalam setiap langkah kehidupanku... tanpa mereka...pasti aku rebah... perasaan ini...xsanggup ku tanggung lagi... inginku ku bertemu dengan mereka..memeluk mereka... Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini... mereka ialah....
MY LOVELY DAD & MOM
Jika dibilang dengan jari...xcukup dengan sepuluh jari yang diperlukan untuk membilang jumlah hari yang telah diriku lalui tanpa melihat wajah mereka... Kini..hampir masuk lima bulan diriku tidak berjumpa dengan kedua ibu bapaku.. hari-hariku menjadi semakin sedih apabila sepupuku memberikan mesej di chat FB yang tertulis " weh,, bile ko nak balik haa.?? mak ko dan rindu sangat-sangat kat kau tu"...... Ya Allah...hanya engkau sahaja yang tahu perasaanku tatkala sepupuku menyatakan apa yang dirasakan oleh ibuku...berguguran air mataku menitis ke pipi.... I MISS YOU SO MUCH MOM&DAD...

IBU DIRIMU ADALAH INSPIRASIKU :)
SAYANG EMAK :)
Insya'Allah lepas dah xde aktiviti..yayah balik rumah ye mak...kat sini ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan... bukan nak jadi anak yang tak tahu nak balik rumah....kalau mak nak tahu...bila teringakan masakan mak...pasti menitis air mata ni mak... bila call mak..selalu menitis air mata ni...tapi cover...bila mak cakap jangan nangis""...kite cakap "mana ada nangis"... nak cover depan mak..takut mak susah hati....mak ngan abah jage diri baik2 tau kat rumah....abah jangan lupa jaga kesihatan.... nanti yayah balik ye... :)

SEDIH YANG AMAT SANGAT :(
XmAmpu nak meneruskan penulisan ini tatkala perasaan sedih bertamu dihati....sedih yang teramat........

Selasa, 17 Mei 2011

Azli Md Ali K.A.W.A.N aku PALING s.e.N.g.A.L~^_^

Pada suatu hari...burung berkicau dengan riangnya di tepian pantai.....Ombak berlagu merdu.... Cuaca sangatlah cerah dan mendamaikan........

haha...saje je.... ASSALAMUALAIKUM org kampung.... Apa Khabar..??? Sehat..?? aku memang suka membebel okeh..hihi... today is TUESDAY... suma org cuti sebab hari ni adalah WESAK DAY...keh..keh

bukan tu aku nak cerita....cerita ke..?? Boleyy la.... cerita dengan menggunakan gambar... baru syok kannn..ummmmm....bermula lah kisahhhh..... di sebuah universiti yang indah dan permai....wujudlah pelbagai organisasi di dalamnya.... MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR..adalah salah satu daripadanya....


Rabu, 11 Mei 2011

saya SAYANG TO MUCH KAT ABAH DAN MAK.. :)

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
 Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..
Tp tahukah kita bhw sebenarnya...
Tika saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? 
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".
Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
 Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. 
Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? 
Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.
 Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. 
Maka kita telah melangar kpercayaan nya...
Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. 
Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. 
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.
Tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dngan bangga.. 
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. 
Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..
ayahpun tersenyum bahagia.. 
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..
Dan diapun berdoa 
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
 Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 

♥---------AYAH---------♥ ---------AYAH---------♥ ---------AYAH---------♥  ---------AYAH--------♥ 

ayah & mak..anak mu ini amat menyayangimu.semoga ank mu ini akn menjadi ank yg mengenang jasa mu.
segala apa yg ayh dan mak korbankn tidak akn pernah mencukupi utk ankmu ini membalasnya.
ank mu ini mendoakan agar hidup mu akn bahagia dan diberkati Allah.

I LOVE BOTH OF U

Selasa, 10 Mei 2011

TEKANAN vs MASALAH..

EHEM...EHEM....
Walaupon aku berada dalam tekanan yang tinggi sekarang...aku xboleh cepat melatah... SO... aku perlu c00l bebeyh..c00000ooL...
akU Xsuka la orang sibuk2 dalam hidup aku ni... bukan nye pe...xkan benda kecik pon nak diperbesar-besarkan... lekss laaa der...
GURAU is Gurau la... JOKE aje ok...jangan la take SERIUS... M.E.N.Y.A.M.P.A.H OKKK~!!!..

STRESS X MUKA.. HAAA..CMNI LA MUKA KORANG BILA MARAH KAN..


SO... korang..pLEASE LA.. solve problem tuh elok2... memang la kadang-kala aku pon boleh bermuka sedemikian.. tapi..xde lah sampai 24 jam bermuka streess tuh... at least boleh je buat kerja lain.. lebih PARAH kalau streess sampai 2 atau 3 hari....ADOOYYYY... chill bebeyh... hidup ni xpernah lari daripada MASALAH.....

Menghadapi dunia yang penuh dengan dugaan ini, kita perlu sentiasa bersifat sabar. Lagi pun sifat sabar ini adalah separuh daripada iman. Agama Islam menggalakkan kita untuk bersifat sabar dalam segala hal. Seperti yang dilakukan oleh keluarga si Miskin yang bersabar dengan dugaanyang menimpa terhadap mereka. Mereka yang sabar ini akan sentiasa dekat dengan Allah dan mereka pasti akan beroleh berbagai nikmat dari allah seperti kebahagiaan, kesenangan dan sebagainya. Ini terbukti dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud : 

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar." 


Ketika datangnya dugaan juga kita perlu bersabar kerana setiap dugaan yang datang itu pasti ada hikmahnya. Sifat sabar ini juga merupakan separuh dari iman, ini terbukti dengan sabda nabi Muhammad s. a.w riwayat Abu Naim daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud :

"Sabar itu separuh daripada iman."

Sebagai contoh yang terjadi cerita ini, si Pengambil Kayu yang sabar terhadap masalah kewangan yang dihadapinya akhirnya dapat diselesaikan dengan kehendak allah jua. Begitu juga mengenai ayamnya yang bertelur batu kumala yang dalam pemerhatian Raja. Seandainya tidak betul khabar tersebut, Raja akan menjatuhkan hukuman bunuh kepada keluarga si Pengambil Kayu. Namun di atas kesabarannya mereka sekeluarga telah selamat. 


SETIAP UJIAN ADA KEBAIKAN...



JADI...bersabarlah dalam mengharungi DUGAAN, TEKANAN DAN MASALAH yang dihadapi.... semua tu ADA HIKMAH disebaliknya.... PERCAYALAH~~

JADI...SENYUMLAH wahai SAHABAT~~




KAN COMELL TUHH

NAK SENYUM SAMPAI MACAM NI PON XPE......HUHU..




                      OK..SAMPAI SINI SAJA....JUMPA LAGI.... ASSALAMUALAIKUM...



Ahad, 8 Mei 2011

apa artinya KASIH SAYANG..?


C.I.N.T.A


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.



Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia

Sabtu, 7 Mei 2011

pujangga

ku inginkan kedamaian...



Bismillaahirrahmaanirrahiim...

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

:: Kalau CINTA… Maka BUKTIKAN... ::

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta (Jalaluddin Rumi). 

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni. 

***

Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya. 

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Tak jarang orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencitai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta Allah, tapi dalam pikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/pria yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya. 

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak bisa menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang istrinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah kerumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, karena Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun sering orang pun tak berdaya membuktikannya, justru sering berguguran cintanya pada Allah, disaat Allah menarik secuil nikmat yang dicurahkan-Nya. 

***

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap Khaliknya. Padahal semuanya sudah diatur oleh Allah, rezki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari Allah, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup didunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, ataukah terlena oleh dunia yang fana ini. Jika cinta kepada selain Allah, melebihi cinta pada Allah, merupakan salah satu penyebab do'a tak terijabah. 

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Bagaimana mungkin Allah mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menengadah kepada Allah di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin do'a seorang gadis ingin mendapatkan seorang laki-laki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah. 

Bagaimana mungkin do'a seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tak dicurahkan. 

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan diri pribadi belum bisa menjadi contoh teladan.

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Banyak orang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang Khaliq, karena disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

***

Dengan kesusahan, Allah hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sadar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar dari cinta palsu.

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk Allah Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat

2) Ikhlas dalam beramal 

3) Mempersiapkan kebaikan Internal dan eksternal. kebaikan internal yaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur'an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian InsyaAllah kita akan menggapai cinta dan keridhaan-Nya. 

...……....`’•,,•’` ♥♪♫♥ ♥♪♫♥

Wallaahu a’lam bish-shawaab

Semoga Bermanfaat..